Selesema Hong Kong
Selesema Hong Kong

Selesema Hong Kong

Selsema Hong Kong (juga dikenali sebagai pandemik selesema 1968[1]) ialah pandemik influenza yang berlaku pada tahun 1968 sehingga 1969 dan mengorbankan sekitar sejuta orang di seluruh dunia.[2][3][4] Penyakit ini disebabkan oleh virus influenza A subjenis H3N2, yang berasal dari H2N2 melalui pergeseran antigenik, sebuah proses genetik iaitu gen daripada pelbagai subjenis yang dicampurkan dalam kombinasi berbeza dalam individu yang berbeza untuk membentuk virus baru.Rekod pertama wabak di Hong Kong muncul pada 13 Julai 1968. Pada akhir Julai 1968, wabak yang luas dilaporkan di Vietnam dan Singapura. Walaupun ketakutan dari selesema Asia 1957 di China, sedikit peningkatan telah dibuat mengenai pengendalian wabak tersebut. Akhbar The Times ialah sumber pertama untuk mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan pandemik baru.Berbanding dengan pandemik lain, selesema Hong Kong menghasilkan kadar kematian yang rendah, dengan nisbah kematian kes di bawah 0.5% menjadikannya penyakit kategori 2 pada Indeks Bahaya Pandemik. Pandemik tersebut menjangkiti sekitar 500,000 penduduk Hong Kong, atau sekitar 15% dari penduduk.[5]

Rujukan

WikiPedia: Selesema Hong Kong http://www.jsonline.com/news/usandworld/43705182.h... http://www.torontosun.com/news/columnists/michele_... https://www.britannica.com/event/Hong-Kong-flu-of-... https://books.google.com/books?id=WBx6McA35iYC https://books.google.com/books?id=oPSG1PGmZUkC https://web.archive.org/web/20090427101524/http://... https://web.archive.org/web/20090427103848/http://... https://web.archive.org/web/20140702155855/http://... https://web.archive.org/web/20160618122106/https:/...